Followers

____________________________________________________________________________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 28

GERBANG SELATAN DI JOHOR....


 
Johor merupakan negeri paling selatan dan ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia. Merangkumi sepuluh buah daerah, Johor menjanjikan pantai yang putih berseri, pulau yang indah, hutan tropika yang masih belum diterokai, gunung-ganang yang menghijau, kelazatan makanan serta pengalaman budaya yang tidak mungkin dapat dilupakan.Johor Bahru, ibu negeri Johor, cukup terkenal di kalangan rakyat Singapura untuk berkunjung pada setiap hujung minggu bagi membeli belah dan menikmati juadah.

Jika anda merupakan peminat sukan golf, Johor merupakan negeri yang mepunyai jumlah padang golf yang tertinggi di Malaysia dan ianya berstatus dunia.Kepada pencinta keindahan pantai dan peminat sukan air, Johor mempunyai persisiran pantai yang cukup luas dan sekurang-kurangnya 50 buah pulau terdapat di dalam negeri Johor. Antara pulau yang terkenal adalah Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar and Pulau Pemanggil di mana cukup termashur dengan kejernihan air bak kristal, keputihan pasir dan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni. Kesemua faktor tersebut sudah cukup menjanjikan kepuasan untuk menyelam dan melakukan pelbagai aktiviti air.

Pencinta alam akan mendapati seperti berada di syurga apabila berada di Taman Negara Endau Rompin yang terletak di sebelah utara Johor. Ia juga merupakan antara hutan simpan yang masih tinggal dan mungkin antara yang tertua di Malaysia dengan pembentukan batu-bata yang mencecah usia 248 juta tahun. Pulau Kukup iaitu sebuah pulau yang terletak di tenggara Johor, merupakan hutan paya bakau yang kedua terbesar di dunia
Sesungguhnya banyak lagi destinasi tarikan yang boleh diperolehi di Negeri Johor.

0 comments:

Post a Comment