KUALA LIPIS, PAHANG TAHUN 2008: AKHIR-AKHIR ini, masyarakat seringkali dikejutkan dengan penemuan pelbagai barangan pelik dan aneh. Malah, hampir setiap hari, kita dapat melihat dan mendengarnya tentang penemuan aneh di kaca televisyen dan di dada akhbar.
Namun, bukan semua orang bernasib baik dipertemukan dengan sesuatu yang ganjil dan pelik ini. Barang-barang pelik seperti geliga lipan, landak, labah-labah, ikan dan sebagainya dikatakan mempunyai kelebihannya yang tersendiri terutamanya bagi tujuan perubatan. Dan bagi mereka yang betul-betul berminat dengan benda-benda pelik seperti ini, sanggup membelinya dengan harga yang tinggi asalkan dapat memiliki barangan tersebut.
Namun, bagi kita yang waras, janganlah mudah terpedaya dan percaya kepada benda-benda tersebut kerana dibimbangi akan memesongkan akidah kita. Ingatlah bahawa setiap kejadian yang dijadikan oleh Allah SWT itu, ada hikmah di sebaliknya supaya manusia berfikir.
Baru-baru ini, satu penemuan pelik telah ditemui oleh Halim Aziz, 36, dari Kampung Pasu, Kerambit dekat sini. Penemuan seulas durian yang keras seperti batu menyerupai bentuk buah durian di dalam buah durian yang dibelinya di pekan sehari Kg. Kerambit benar-benar mengejutkan.
Menurut Halim, pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa dan cuma beranggapan durian yang dibelinya itu masih putik kerana amat susah sekali untuk membukanya sehingga dia terpaksa meminta tolong daripada rakannya, Baharuddin Awang, 48 atau Jat yang kebetulan berada berdekatan dengannya.
"Bermandi peluh juga Jat sehingga tiba-tiba mata pisau yang digunakan untuk mengopek durian itu seolah-olah.....

0 comments:
Post a Comment