Followers

____________________________________________________________________________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 26

18pg SERAM MAYAT BERJALAN PULANG KE RUMAH

Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yang luar biasa
dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.
kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yang berbukit bukau.
Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya.
kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.




GAMBAR SEMPADAN NEGARA DI SELURUH DUNIA

Sempadan negara amat penting kerana ia melambang kekuasaan sebuah negara.
Tapi tahukah anda bagaimana sebuah negara itu menandakan sempadannya dengan negara yang lain?
Kadangkala tanda atau simbol sempadan ini sangat unik dan ada yang sangat indah bila mata memandang.
Berikut adalah gambar sempadan negara setiap dunia.

Malaysia dan Indonesia

USA dan Mexico

Uzbekistan dan Turkimenistan

USA dan Cuba

Turki dan Greece

Sweeden dan Norway

Spain dan Perancis

Sepanyol dan Portugal

Paraguay, Argentina dan Brazil

Korea Selatan dan Korea Utara

Kanada dan USA

Itali dan France

India dan Pakistan

Holland dan Belgium

Europe da Asia

India dan Nepal

German dan Czech

England dan Scotland

China and Pakistan

Arab Saudi dan Yaman

Bosnia dan Croatia

Algeria dan Morocco

YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN,YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN





LAWAK KOMPUTER...

Beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Translated"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

KISAH BUAH DURIAN YANG PELIK DAN ANEH



KUALA LIPIS, PAHANG TAHUN 2008: AKHIR-AKHIR ini, masyarakat seringkali dikejutkan dengan penemuan pelbagai barangan pelik dan aneh. Malah, hampir setiap hari, kita dapat melihat dan mendengarnya tentang penemuan aneh di kaca televisyen dan di dada akhbar.

Namun, bukan semua orang bernasib baik dipertemukan dengan sesuatu yang ganjil dan pelik ini. Barang-barang pelik seperti geliga lipan, landak, labah-labah, ikan dan sebagainya dikatakan mempunyai kelebihannya yang tersendiri terutamanya bagi tujuan perubatan. Dan bagi mereka yang betul-betul berminat dengan benda-benda pelik seperti ini, sanggup membelinya dengan harga yang tinggi asalkan dapat memiliki barangan tersebut.

Namun, bagi kita yang waras, janganlah mudah terpedaya dan percaya kepada benda-benda tersebut kerana dibimbangi akan memesongkan akidah kita. Ingatlah bahawa setiap kejadian yang dijadikan oleh Allah SWT itu, ada hikmah di sebaliknya supaya manusia berfikir.
Baru-baru ini, satu penemuan pelik telah ditemui oleh Halim Aziz, 36, dari Kampung Pasu, Kerambit dekat sini. Penemuan seulas durian yang keras seperti batu menyerupai bentuk buah durian di dalam buah durian yang dibelinya di pekan sehari Kg. Kerambit benar-benar mengejutkan.

Menurut Halim, pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa dan cuma beranggapan durian yang dibelinya itu masih putik kerana amat susah sekali untuk membukanya sehingga dia terpaksa meminta tolong daripada rakannya, Baharuddin Awang, 48 atau Jat yang kebetulan berada berdekatan dengannya.

"Bermandi peluh juga Jat sehingga tiba-tiba mata pisau yang digunakan untuk mengopek durian itu seolah-olah.....

Lawak Ayat-Ayat Cinta Selepas Kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

SEJARAH SI BONGKOK PAHLAWAN JOHOR....


ADA beberapa tokoh misteri yang nama mereka ‘hilang’ dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.



Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan misteri itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air, ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan; Abdul Latip Talib, memulakan penyelidikan bagi membongkar rahsia kehilangan mereka.



“Antara tokoh terbabit adalah Si Bongkok Tanjung Puteri yang sehingga kini, sejarah perjuangannya masih tidak diketahui ramai pihak,” katanya yang menulis novel sejarah berkenaan pahlawan itu, tahun lalu.

Beliau berkata, tidak seperti tokoh pejuang lain seperti Datuk Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak, sejarah negara ini tidak pernah mengenali siapa Si Bongkok yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor.

“Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor,” kata Abdul Latip seterusnya memulakan kisah perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang kini semakin hilang dalam lipatan sejarah negara.

Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.

Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman.

Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.

Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman, dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali.

Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.

Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.

Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.

Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut.

Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.

Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.

Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.

Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.

Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau. Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.

Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok. Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.

Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya.

Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu. Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan.

Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.

Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar. Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.

Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan.

Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih. Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.

Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok. Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.

Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.

Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.

Lirik lagu Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diraja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

Inggeris label pemuda cacat sebagai pengganas

“SELEPAS Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.

“Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,” kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib.

Beliau berkata, pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.

Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam.

Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.

Sebaik melihat pusara berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput.

“Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan berkenaan,” katanya.

Abdul Talib berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu ‘Tanjung Puteri’.

Katanya, beliau mula menulis novel sejarah mengenai Si Bongkok sejak tahun lalu bagi memperbetulkan kembali ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap pahlawan itu kononnya beliau adalah lanun dan bukannya pejuang menentang penjajah.

Selain itu, usaha membukukan kisah perjuangan Si Bongkok juga dibuat Abdul Latip bagi membolehkan cebisan sejarah lisan yang tersimpan dalam ingatan orang lama, tidak hilang ditelan masa seterusnya nama Si Bongkok akan dikenang melewati masa.

“Saya percaya ramai pejuang Melayu yang nama mereka hilang daripada lipatan sejarah negara kita dan Si Bongkok adalah seorang daripada pejuang itu; sejarah kita dulu ditulis British menyebabkan ramai pahlawan kita yang menentang mereka dianggap penderhaka dan nama mereka tidak dicatat dalam sejarah.

“Saya berharap supaya sejarah ini boleh diperbetulkan semula dan pihak terbabit perlu tampil mengiktiraf perjuangan Si Bongkok setaraf dengan nama pejuang lain seperti Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya,” katanya.

Abdul Latip juga menggesa pihak berkuasa supaya memulihara pusara Si Bongkok sebagai satu daripada warisan peninggalan sejarah yang bukan saja dibanggakan rakyat Johor tetapi rakyat negara ini.

“Saya sendiri sudah pergi ke Tanjung Belungkur untuk melihat sendiri pusara Si Bongkok Tanjung Puteri, keadaannya amat menyedihkan kerana terbiar. Selepas 50 tahun kita merdeka, masihkah kita sependapat dengan penjajah yang melabelkan Si Bongkok itu lanun dan pengganas?” katanya.

Wajah Si Marah Dan Si Tenang

Untuk entry kali ini, ada sedikit aktiviti yang aku nak korang lakukan yang melibatkan korang perlu bangun dari tempat duduk korang.
Ok, cuba perhatikan gambar di bawah dan ikuti arahan yang diberikan dibawah.
Anda pasti akan merasa perkara ini hebat!

1. Perhatikan gambar diatas, disebelah kiri adalah gambar muka orang yang marah dan disebelah kanan adalah muka orang yang tenang.

2. Sekarang, bangun dari tempat duduk anda dan anjak 8 kaki ke belakang. Pastikan mata anda masih menatap gambar diatas.

3. Anda akan lihat perubahan pada riak wajah dalam gambar diatas. Muka disebelah kanan akan bertukar dari tenang kepada marah dan muka di sebelah kiri akan bertukar dari marah kepada tenang.

Selamat Mencuba!!



 

SEJARAH BUGIS DI MALAYSIA...

Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.

Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.

Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas.

Pehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.

Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.

Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.

Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

UNTUK MENGETAHUI SEJARAH BUGIS DI MALAYSIA..SAYA ADA LINK SALASILAH KETURUNAN DARI BUGIS...

salasilah keturunan daeng chelak

salasilah kesultanan selangor

sultan salehuddin

sultan ibrahim

sejarah kesultanan selangor


BADIK DAN KERIS LAMA


Keris ini kalau dilihat dari bentuk dan keadaannya nampak dah terlalu tua. Mungkin usia dah lama dan dipakaikan dengan ulu dan sarung yang baru. Walau bagaimana pun jangan anda semua yakin semua besi sedemikian adalah besi lama, kadang kala ada yang merendamkan keris yang baru dibuat dalam air asid untuk menjadikan keris kelihatan seperti keris lama.
Apa pun, bagi orang yang pakar tentang keris dapat membezakan antara yang lama dengan yang baru. Hanya jauhari yang mengenal maknikam.




Badik merupakan senjata lama orang-orang melayu. Biasanya badik berukuran antara 3 hingga 4 inci.

thumbdrive berlian...

Pernah tengok pendrive atau thumbdrive atau flash disk yang diperbuat daripada berlian?Hanya mereka yang betul-betul kaya sahaja yang boleh memiliki ini. Kami ada beberapa koleksi gambar thumbdrive yang diperbuat daripada berlian.


saya ada beberapa gambar....msti korang semua berminat pnye...lg2 prempuan..








GAMBAR SUASANA RESTORAN BAWAH LAUT

Susasana restoran ini sangat indah dan romatik. Sesuai jika kita bawa pasangan kita untuk makan angin atau berbulan madu. Sungguh indah dan manisnya. Saya tidak pasti restoran ini ada di mana..tapi,cuba anda bayangkan klu pengusaha-pengusaha restorasan di Malaysia membuat suatu kelainan untuk restoran meraka..Kt KLCC tu,cme terowong yg dipenuhi pelbagai jenis ikan...xde ada restoran pn...

DI BAWAH TERDAPAT BEBERAPA GAMBAR





DEWAN PEPERIKSAAN DI AFGHANISTAN


Sesungguhnya, kita amat beruntung dapat hidup di bumi Malaysia. Kita wajib bersyukur walau sesusah manapun kita di bumi bertuah ini, masih ada yang lebih susah di dunia ini. Bayangkan mereka di Afghanistan. Apa yang aku ingin kongsikan pada kali ini adalah suasana dewan peperiksaan pelajar di Afgahanistan. Itu pun mereka masih datang ke sekolah untuk belajar. Budak kita ada sekolah lawa-lawa pun masih nak ponteng sekolah....

RENUNG2KANLAH DAN SELAMAT MENGHAYATI..

Silap pegang...

ade sorang mamat ni , nmenya Amirul . die seorang pngemar karipap . pda stu ari , mamat ni die prgi ke sebuah hotel die sbrang jln , die mnyewa sbuah blik utk nya. bila smpai kat dlm bilik die , die trnampak seorang pompuan seksi tngah tido ats katil . mamat ni mmbiarkan pompuan tu tido dngan nyenyak...sblum die smpai ke hotel itu , die tlah mmbeli 3 bji kripap dkat srang pkcik ni . mse tngh brjalan , die mkan la 2 bji karipap...tinggal la 1 bji je. mamat ni pon dduk kat atas katil die smbil mmbaca srat kabar nya , tetiba perut die trasa lapr die pon meraba mraba plastik kripap di ats ktil nya . mamat ni pon dh cpai kripap die tpi xdek plastik plak..die int plastiknya dh trbang.. apabila lki nk ambik kripap tu ....

Amirul: apesal xleh ambik ni ???

lpastu....

Amirul : asal ade lndir kt tngan aku ni ??? bau wngi plak tu ...!!!

tetiba...die trdengar ade bnyi pompuan mnjerit , die pon trkejut

Amirul : eeh...sape mnjerit tu ???

tetiba pompuan sbelah die tu memaki memakinya...

Pompuan : asl ko pgang karipap aku ???

Amirul : aik...mse bla ko bli karipap..tu karipap aku la !!!

Pompuan : mksud aku bkannya karipap mkan tu...tpi karipap kmaluan aku la....

Amirul : alamak ...aku tersilap pegang ke ??? sori ye....

THE END ...

PANTUN LAWAK LAH SGT.....

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

50 teki teki

Soalan 1 : Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan: Penguin

Soalan 2 : Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?

Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

Soalan 3 : Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Jawapan: Stokin tu basah lah….

Soalan 4 : Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Jawapan: Telur

Soalan 5 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Jawapan: Kuih Donut

Soalan 6 : Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?

Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)

Soalan 7 : Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

Soalan 8 : Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

Soalan 9 : Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?

Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

Soalan 10 : Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?

Jawapan: Spedometer bas lah…

Soalan 11 : Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

Soalan 12 : Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Soalan 13 : Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!

Soalan 14 : Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.

Soalan 15 : Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

Soalan 16 : Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Soalan 17 : Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

Soalan 18 : Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Jawapan: Orang naik beca semasa hujan

Soalan 19 : Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Jawapan: Tapak kaki kitalah.

Soalan 20 : Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.

Soalan 21 : Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!

Soalan 22 : Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?

Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.

Soalan 23 : Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.

Soalan 24 : Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah “dan”

Soalan 25 : Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?

Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.

Soalan 27 :Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.

Soalan 28 : Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.

Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….

Soalan 29 : Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?

Jawapan: Buang tebiat

Soalan 30 : Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.

Jawapan: Batang hidung engkaulah!

Soalan 31 : Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!

Soalan 32 : Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan

Soalan 33 : Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…

Soalan 34 : Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 35 : Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.

Soalan 36 : Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Jawapan: Pisang Goreng

Soalan 37 : Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!

Soalan 38 : Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 39 : Apakah haiwan yang berkaki 3?

Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Soalan 40 : Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?

Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Soalan 41 : Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.

Soalan 42 : Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

Soalan 43 : Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!

Soalan 44 : Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

Soalan 45 : Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Jawapan: Anak mancis daaa.

Soalan 46 : Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..

Soalan 47 : Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?

Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM

Soalan 48 : 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Jawapan : Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

Soalan 49 : Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

Soalan 50 : Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Jawapan: Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa..

AK DH SIAP BAGI JAWAPAN LAGI...

Ikan Keli Terbesar di Dunia di Mukah, Sarawak

Boleh aku katakan ni spesis moyang ikan keli ni dan aku rasa terbesar didunia. Korang tengok saiz je dah tau macam ikan paus jer. Gila la ni makan sebulan satu family pun tak abis tapi ada ke orang yang sanggup makan? aku tengok pun dah geli. Apa agaknya benda dia makan sampai jadi besar camtu. Boleh plak hidup dalam sungai yang etrcemar kat Malaysia ni. Hurm.. Layan je la gambar-gambar di bawah.

geli plak aku tengok


Tengok kepala dia besar mana tu



diorang nak awet letak kat zoo kot


orang boleh naik atas badan dia lagi tu.



Hello

Testing testing.