Selepas pembubaran kumpulan res2 pada tahun 2001 dan anggotanya membawa haluan sendiri, ramai yang mempersoalkan hala tuju kumpulan yang pernah popular di sekitar tahun 90-an ini. Pertemuan dengan salah seorang anggotanya iaitu erin secara tidak sengaja di majlis perasmian produk kecantikan Moulynard di Bangsar minggu lalu, akhirnya merungkai segala persoalan.
“Saya sekarang menjadi ‘belly dancer’ dan diakui tarian ini keterlaluan tapi saya suka dan itu sumber saya cari makan. Lagi pun saya tak kacau orang. Saya tahu seksi tak digalakkan tapi daripada ‘belly dance’ saya bagi anak (Nur Tiera Asrina) makan sejak saya melahirkannya hinggalah dia kini sudah berumur 9 tahun. “Saya tahu percubaan berani saya ini dikutuk dan dikritik oleh pihak di luar sana tapi itu saya harus terima. Pada saya selagi saya tahu siapa diri saya yang hanya mencari rezeki, itu sudah cukup. Apatah lagi, saya ni jenis, habis ‘show’ terus balik ke rumah dan bukan berpeleseran tak tentu hala,” ujarnya panjang lebar.
0 comments:
Post a Comment